Halaman

Rabu, 12 Ogos 2015

LDK PELAJAR BELIA

Ini merupakan salah satu latihan dalam kumpulan (LDK) pelajar belia CIDB

Objektif:
  1. Memupuk semangat kerjasama diantara setiap ahli pasukan dalam melaksanakan tugasan yang diberi.
  2. Menguji perhatian peserta terhadap arahan yang diberikan.
  3. Menguji kreativiti peserta ketika menghasilkan rekabentuk/rekacipta
  4. Memupuk  semangat berpasukan serta mengikis perasaan malu dan segan dalam diri.

 

Dan pemenang rekacipta menara berasaskan straw minuman jatuh kepada? 
kumpulan ____________.

Khamis, 30 Julai 2015

KURSUS PENGURUSAN TENDER

Kursus megumpul mata CCD iaitu Kursus Pengurusan Tender telah diadakan pada 29 dan 30 Julai 2015 yang bertempat di Pusat Latihan Kemahiran iRED. Kursus ini dikendalikan oleh En. Abdul Rahim. Selama 2 hari itu peserta menimba segala ilmu daripada beliau.

Kursus Pengurusan Tender adalah kursus yang memberi pendedahan yang berkaitan  pengurusan perolehan secara sebut harga dan tender selaras dengan arahan-arahan perbendaharaan terbaru dan yang digunapakai di peringkat kerajaan negeri.

Penyampaian kursus secara :
- Berasaskan modul
- Secara perbincangan
- Secara perkongsian

Pihak PLK iRED mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta kursus yang hadir dan memberikan kerjasama sepanjang kursus diadakan. Teruskan bekerjasama dengan pihak kami.


Ahad, 7 Jun 2015

KERJA PENSTABILAN TANAH & PENYALIRAN BAWAH TANAH

Kursus Kerja Penstabilan Tanah & Penyaliran Bawah Tanah telah diadakan pada 3hb & 4hb Jun 2015. Kursus ini telah diadakan di Pusat Latihan Kemahiran iRED. Penceramah bagi kursus ini adalah En. Aznan bin Osman @Othman merupakan Penolong Pegawai Latihan Vokasional daripada Institut Kemahiran Mara (IKM) Sungai Petani, Kedah.





KURSUS JUN CCD POINT


DAFTAR SEKARANG !! TEMPAT TERHAD !!! 
KURSUS AKAN DATANG... SEPANJANG BULAN JUN 2015. 
RENEW MATA CCD DARI CIDB. 
POHON HEBAHAN KEPADA SEMUA. TERIMA KASIH. SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI : 04-730093


SISTEM PEMBENTUNGAN

Pada 27hb & 28hb Mei 2015 telah diadakan kursus Sistem Pembentungan yang bertempat di Pusat Latihan Kemahiran iRED. Kursus ini telah diadakan selama 2 hari berturut-turut dan pelbagai ilmu telah dikongsi di antara penceramah dan para peserta.

Melalui kursus ini peserta dapat :
  1.  memahami dan mengenal, menamakan pelbagai jenis sistem kebersihan
  2. memahami dan mengetahui jenis- jenis sistem pembentungan di negara ini
  3. mengenalpasti jenis-jenis paip pembentungan serta kaedah penyambungan paip

Penerangan :
Objektif utama dalam Sistem Pembentungan ialah membolehkan pembuangan kumbahan melalui sistem sambungan paip yang bersih dan cekap.



Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang sudi hadir, semoga berjumpa lagi di kursus pada masa akan datang.

Selasa, 26 Mei 2015

Mata CCD CIDB

Ired Ventures sdn. bhd menjalankan kursus berbayar untuk para kontraktor memperbaharui lesen kontraktor. Kursus yang dijalankan mempunyai mata Contractor Continuous Development (CCD).


Isnin, 25 Mei 2015

KURSUS PENGURUSAN KESELAMATAN & PENYELENGGARAAN BANGUNAN

Kursus Pengurusan Keselamatan & Penyelenggaraan Bangunan pada 20hb & 21hb Mei 2015 telah selesai...Kursus ini telah diadakan di Hotel Seri Malaysia. Kursus ini berlangsung selama dua hari dan dihadiri oleh 24 orang peserta kursus.

INFO:
PENGURUSAN KESELAMATAN & PENYELENGGARAAN BANGUNAN merupakan latihan yang memberi pendedahan mengenai pengurusan kerja-kerja keselamatan dan persekitaran pada bangunan yang berisiko.

Peserta juga diberi pendedahan kepada amalan terbaik kerja -kerja keselamatan dan persekitaran yang merangkumi kerja penyelenggaraan, kerja pemuliharaan, pencucian dan persekitaran pada bangunan yang berisiko dengan mengutamakan keselamatan di tempat kerja seperti yang termaktub dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan peraturan yang berkaitan.

Semua kerja yang dilaksanakan mesti mematuhi keperluan keselamatan yang ditetapkan. Dengan mengamalkan amalan terbaik melalui standard serta pematuhan kepada aspek keselamatan, pengurusan kerja-kerja keselamatan dan persekitaran bangunan berisiko akan menjadi bertambah cekap, berkesan dan selamat.

OBJEKTIF KURSUS :
  • Memahami standard yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan kerja keselamatan, persekitaran dan penyelenggaraan bangunan yang berisiko.
  • Memahami keperluan perundangan mengenai kerja-kerja keselamatan dan persekitaran bangunan berisiko.
  • Memahami cara perlaksanaan kerja-kerja keselamatan dan persekitaran bangunan.
  • Memahami penilaian keselamatan ruang sesuatu bangunan berisiko.
  • Menambahbaik prosedur dan isu dalam menguruskan kerja-kerja keselamatan dan persekitaran bangunan berisiko.
PENYAMPAIAN KURSUS : 
Dijalankan di dalam kelas berasaskan modul serta perbincangan dan sesi perkongsian






Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang sudi hadir...Semoga berjumpa lagi di kursus pada masa akan datang.