Halaman

Rabu, 28 Disember 2016

VOCATIONAL TRAINING OPERATION (VTO)

PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN iRED telah menambah lagi satu kursus SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) iaitu PROGRAM OPERASI LATIHAN VOKASIONAL atau VOCATIONAL TRAINING OPERATION (VTO). Kursus ini dikuatkuasakan oleh pihak JPK pada bulan Februari 2015 dan diwajibkan kepada semua Pegawai Penilai sistem Pentauliahan Kemahiran Malaysia dengan tujuan untuk memastikan Pegawai Penilai kompeten dalam penyampaian.

SYARAT PERMOHONAN :
1. Lulus dalam SPM atau SPMV dengan LULUS dalam Bahasa Malaysia (BM) dan Sejarah (bagi calon SPM tahun 2013 ke atas) serta;

2.  Mempunyai salah satu daripada kelayakan berikut :
    i  - Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
   ii  - Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4;
   iii - Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5;
   iv - Sijil daripada Suruhanjaya Tenaga (PW4/AO/A4/BO);
   v - Diploma daripada Institut Pengajian Awam / Swasta / Institut Latihan Kemahiran Awam / Swasta;
  vi - Ijazah Sarjana Muda aripada Institut Pengajian Tinggi Awam / Swasta


TEMPOH PENGAJIAN
1.Kursus ini mengambil masa selama 9 bulan (1080 jam) yang merangkumi kaedah ;
  • 3 bulan secara teori/ mengikuti kelas
  • 6 bulan secara praktikal / mengajar
2. Kursus adalah sepenuh masa 

YURAN PENGAJIAN
Yuran pengajian adalah sebanyak RM3500.00
* Pinjaman pengajian  disediakan oleh PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PTPK).

 KELEBIHAN / KEMUDAHAN
1. Tenaga pengajar bertauliah dan berpengalaman
2. Yuran pengajian dan pendaftaran yang berpatutan
3. Menggunapakai NOSS Vocational Training Officer (I-031-3) sebagai garis panduan asas.
4. Graduan akan dianugerahkan SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA  OPERASI LATIHAN VOKASIONAL Tahap 3 daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
5. Kemudahan pembelajaran yang selesa

PELUANG PEKERJAAN
1. Berpeluang menjadi tenaga pengajar / pegawai penialai di pusat-pusat bertauliah JPK / Swasta
2. Berpeluang menjadi tenaga pengajar dan didaftarkan dalam Direktori Pakar Industri Negara (DPIN)
3. Berpeluang membuka / membangunkan Pusat Bertauliah di dalam bidang kemahiran tertentu di mana Sijil Pegawai Latihan Vokasional menjadi pra-syarat untuk tujuan tersebut.

PENGAMBILAN UNTUK SESI MAC 2017. AYUH!! DAFTAR SEGERA








Isnin, 26 Disember 2016

KURSUS TEKNIKAL/KEMAHIRAN JANUARI 2017

Kursus pembukaan untuk tahun baru 2017 adalah kursus teknikal/kemahiran untuk para kontraktor atau sub kontraktor yang berminat untuk mendapatkan mata CCD bagi memperbaharui lesen kontraktor. Kursus ini juga terbuka kepada individu yang berumur 19 tahun ke atas. Terdapat 4 Kursus pada bulan Januari yang di anjurkan oleh Ired ventures Sdn. Bhd, berikut adalah :

1. Strategi Memenangi Projek
    Tarikh : 4 & 5 Januari 2017
    Yuran  : RM 424.00 (Termasuk GST)

2. Pengurusan Kewangan & Pemantauan Projek
    Tarikh : 11 & 12  Januari 2017
    Yuran  : RM 385.00 (Termasuk GST)

3. Stress Management For Contractor
    Tarikh : 17 & 18  Januari 2017
    Yuran  : RM 424.00 (Termasuk GST)

4. Kecacatan Bangunan
    Tarikh :25 & 26  Januari 2017
    Yuran  : RM 390.00 (Termasuk GST)

* sebarang perubahan tarikh kursus bergantung kepada jumlah pekerja
* tertakluk kepada sebarang perubahan yang akan dimaklumkan sebelum kursus.

i- Iklan Kursus Bagi Januari 2017
  

ii-  Borang Penyertaan Kursus




Ahad, 18 Disember 2016

KURSUS BUKAN TEKNIKAL

Kursus Bukan Teknikal bagi tahun 2016 iaitu kursus :

1. Penilaian Tender Kerajaan : Selangkah Ke arah Kejayaan
    Tarikh : 21 - 22 Disember 2016
    Yuran : RM 434.60 (termasuk GST)

2. Tender Ppotong Rumput, Membersih Kawasan & Peranggaraan Harga
    Tarikh : 28 & 29 Disember 2016
    Yuran : RM 455.80 (termasuk GST)

Peluang kepada kontraktor/sub kontraktor untuk memperbaharui lesen dan mermperolehi MATA CCD. Kursus ini juga terbuka kepada sesiapa sahaja yang berumur 19 tahun ke atas. Kursus ini dijalankan di B12, Bazar Mergong 2, Lorong Perak 8, 05150 Alor Setar, Kedah. Pengambilan untuk satu satu kursus hanya 20 orang pernyertaan.