Pada 2 Ogos yang lalu merupakan hari pendaftaran untuk kemasukan pelatih yang baru bagi batch yang kedua untuk tahun 2017 bagi program Vocational Training Operation (VTO). Alhamdulillah segala urusan berjalan dengan lancar dengan keizinan daripada-Nya.
Pada hari tersebut, pelatih yang baru mendaftar di berikan taklimat serba ringkas berkenaan program VTO oleh Pengurus Operasi PLK iRED. Jelas kelihatan pelatih yang baru mendaftar begitu teruja dan bersemangat untuk memulakan pembelajaran. Diharapkan semoga semangat itu berkekalan sehingga ke akhir program itu nanti. Sebahagian gambar pada hari pendaftaran tersebut. Terdapat beberapa orang yang memohon pengecualian untuk pendaftaran kerana menghadiri majlis konvokesyen. Lensa kamera hanya merakam beberapa keping gambar yang sempat di ambil.