Halaman

Isnin, 25 Mei 2015

KURSUS PENGURUSAN KESELAMATAN & PENYELENGGARAAN BANGUNAN

Kursus Pengurusan Keselamatan & Penyelenggaraan Bangunan pada 20hb & 21hb Mei 2015 telah selesai...Kursus ini telah diadakan di Hotel Seri Malaysia. Kursus ini berlangsung selama dua hari dan dihadiri oleh 24 orang peserta kursus.

INFO:
PENGURUSAN KESELAMATAN & PENYELENGGARAAN BANGUNAN merupakan latihan yang memberi pendedahan mengenai pengurusan kerja-kerja keselamatan dan persekitaran pada bangunan yang berisiko.

Peserta juga diberi pendedahan kepada amalan terbaik kerja -kerja keselamatan dan persekitaran yang merangkumi kerja penyelenggaraan, kerja pemuliharaan, pencucian dan persekitaran pada bangunan yang berisiko dengan mengutamakan keselamatan di tempat kerja seperti yang termaktub dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan peraturan yang berkaitan.

Semua kerja yang dilaksanakan mesti mematuhi keperluan keselamatan yang ditetapkan. Dengan mengamalkan amalan terbaik melalui standard serta pematuhan kepada aspek keselamatan, pengurusan kerja-kerja keselamatan dan persekitaran bangunan berisiko akan menjadi bertambah cekap, berkesan dan selamat.

OBJEKTIF KURSUS :
  • Memahami standard yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan kerja keselamatan, persekitaran dan penyelenggaraan bangunan yang berisiko.
  • Memahami keperluan perundangan mengenai kerja-kerja keselamatan dan persekitaran bangunan berisiko.
  • Memahami cara perlaksanaan kerja-kerja keselamatan dan persekitaran bangunan.
  • Memahami penilaian keselamatan ruang sesuatu bangunan berisiko.
  • Menambahbaik prosedur dan isu dalam menguruskan kerja-kerja keselamatan dan persekitaran bangunan berisiko.
PENYAMPAIAN KURSUS : 
Dijalankan di dalam kelas berasaskan modul serta perbincangan dan sesi perkongsian






Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang sudi hadir...Semoga berjumpa lagi di kursus pada masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan