INFO PENTING!
Pihak PLK iRED ingin memberikan serba sedikit info berkenaan kursus-kursus yang dianjurkan oleh Pusat Latihan Kemahiran iRED. Antara kursus-kursus yang ditawarkan di sini adalah seperti berikut:-
1. Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
2. Kursus Kemahiran Belia
- PLK iRED merupakan Pusat Bertauliah (PB) yang berdaftar di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) menawarkan kursus Sijil Kemahiran Malayisa (SKM).
- Konsep kelas : secara teori dan praktikal.
- Pinjaman pengajian sepenuhnya oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Kemahiran (PTPK).
- Kursus ini dikhususkan untuk belia-belia tidak kira lelaki dan perempuan daripada semua kaum di Malaysia yang berumur antara 16-35 tahun.
- Memiliki sekurang-kurangnya PMR, sihat tubuh badan dan berminat sepenuhnya untuk mengikuti kursus dalam bidang kemahiran dan merupakan kursus sepenuh masa.
- Yuran pendaftaran dikenakan sebanyak RM 100. Pelatih akan diberi baju t-shirt, baju dan seluar bengkel, kasut keselamatan dan lain - lain lagi.
- Elaun sara hidup setiap bulan RM 400.
- Kursus yang ditawarkan :
- Kursus Peralatan Penyamanan Udara HVAC (ME-020-2:2012)
- Kursus Penyeliaan Pemasangan & Penyelenggaraan HVAC (ME-020-3:2012)
- Kursus Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa (EE-320-2:2012)
- Kursus Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa (EE-320-3:2012)
2. Kursus Kemahiran Belia
- Kursus ini dikhususkan untuk belia dan beliawanis tidak kira lelaki dan perempuan daripada semua kaum di Malaysia yang berumur antara 18-35 tahun.
- Memiliki sekurang-kurangnya SPM, sihat tubuh badan dan berminat sepenuhnya untuk mengikuti kursus dalam bidang kemahiran dan merupakan kursus sepenuh masa.
- Sehingga setakat ini, pihak CIDB masih menaja sepenuhnya program ini dan pelatih-pelatih akan diberi kemudahan seperti elaun bulanan, baju, kasut keselamatan, kad hijau dan lain-lain lagi.
- Pelatih yang lulus ujian akhir akan diberikan Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) daripada CIDB yang membawa kepada penarafan sebagai Pekerja Mahir Binaan.
- Di Pusat Latihan Kemahiran iRED terdapat Program Kemahiran Belia yang ditauliahkan Kursus Pemasangan Pendingin Udara dan Pengudaraan Mekanikal ( Air Conditiong and Mechanical Ventilation ACV2) selama 4 bulan.
3. Kursus Personel Binaan
- Kursus yang berlangsung selama 5 hari ini dikhususkan bagi individu yang mempunyai pengalaman dalam bidang kemahiran tertentu tetapi masih belum mendapat pengiktirafan sebagai Pekerja Mahir Binaan.
- Kursus ini ditaja sepenuhnya oleh CIDB bagi peserta yang berumur antara 18-55 tahun, mempunyai kad hijau yang masih sah laku, berpengalaman sekurang-kurangnya 6 bulan dalam bidang yang dipohon dan tidak pernah mengikuti kursus tajaan CIDB dalam tempoh 6 bulan sebelumnya.
- Peserta akan memperoleh elaun saku sebanyak RM20 sehari sepanjang tempoh berkursus.
- Sekiranya peserta berjaya melepasi ujian yang dilakukan, peserta layak menerima Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) dan memperoleh mata CCD sebanyak 40 points.
- Mata CCD ini diperlukan untuk tujuan pendaftaran dan pembaharuan lesen kontraktror dengan CIDB.
4. Kursus Customize
- Kursus ini tidak ditaja oleh CIDB dan peserta harus membiayai sendiri untuk mengikuti kursus ini.
- Pemohon haruslah mempunyai kad hijau yang masih sah laku.
- Peserta boleh mengikuti Kursus Customize pada bila-bila masa dan tidak perlu menunggu tempoh 6 bulan untuk kursus seterusnya seperti syarat yang dikenakan untuk Kursus Personel Binaan.
- Setelah selesai kursus, peserta akan diberikan sijil oleh Pusat Latihan Kemahiran iRED dan sijil berkenaan adalah layak untuk digunapakai bagi tujuan penebusan mata CCD.
- Yuran dan Mata CCD yang diperoleh adalah bergantung kepada kursus yang dijalankan.
- Kebiasaannya, Kursus Customize dijalankan selama dua hari untuk mendapatkan 20 mata CCD
Setakat itu sahaja info berkaitan kursus-kursus yang dijalankan oleh Pusat Latihan Kemahiran iRED. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan boleh hubungi pejabat kami di talian : 04-7300939 atau emelkan kepada iredventures09@gmail.com.
Sekian, terima kasih.
Sekian, terima kasih.