Dalam era globalisasi ini, terdapat banyak cabaran dan perubahan di dalam aktiviti dan proses pekerjaan yang semakin kompetitif yang dihadapi oleh organisasi. Lantaran dengan itu, organisasi memerlukan pekerja yang lebih agresif, produktif dan dinamik. Pekerja pada hari ini mereka seharusnya menerima cabaran dan perubahan mengikut peredaran semasa.
Sama ada pihak swasta mahupun kerajaan, kedua duanya melibatkan pengurusan pejabat dan pentadbiran sumber manusia khususnya yang berkaitan dengan komunikasi dalam organisasi. Namun terdapat sebahagian organisasi dimana pentadbiran tidak sistematik dan tidak mempunyai kecekapan anggota dalam mengendalikan hal pentadbiran pejabat. Isu yang berbangkit tentang pegawai yang kurang mahir dalam pengendalian pengurusan pejabat sedikit sebanyak menjatuhkan kredibiliti sesebuah syarikat/institusi/jabatan..
Justeru, pihak Ired Ventures Sdn. Bhd mengambil inisiatif dengan menawarkan kursus ini untuk membantu organisasi mengatasi masalah tersebut. Melalui modul Pengurusan Dan Pentadbiran Pejabat, kami percaya peserta akan diberikan curahan pengalaman, teknik, rahsia, tip dan saranan untuk memastikan sasaran organisasi berjaya dicapai dengan kualiti pengurusan yang setanding dengan organisasi antarabangsa.
Objektif:
- Mendedahkan asas-asas pengurusan pejabat yang berkualiti
- Melatih pegawai dan kakitangan organisasi supaya memiliki kemahiran dalam berkomunikasi dan menjalinkan hubungan yang lebih baik dengan ketua dan rakan setugas.
- Mempelajari asas- asas sistem pengurusan sumber manusia berkesan bagi organisasi.
- Mempelajari kemahiran serta idea baru
- Mempelajari cara-cara kreatif untuk mengatasi masalah.
- Meningkatkan prestasi organisasi
- Menambah kecekapan dan menguruskan masa dengan efektif
Kelebihan menyertai kursus ini
- Melahirkan pekerja yang lebih agresif, produktif dan dinamik
- Pekerja lebih berkeyakinan dan bermotivasi untuk melaksanakan tugas.
- Kakitangan dapat melaksanakan urusan pentadbiran pejabat dengan lebih cekap , teratur dan berkesan.
- Meningkatkan prestasi dan imej organisasi dan pekerja
- Matlamat dan objektif organisasi akan tercapai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan